Tuesday, January 11, 2011

Happy New Year

Tahun baru bersama azam baru ku...
apa ye?? herm entahlah 
tahun ni aku dah tak payah balik ke Jengka lagi...
zaman diploma aku telah berakhir...
dan kini aku hanya menanti menerima segulung diploma 
dimana aku dapat menggunakannya untuk mencari pekerjaan
tapi ada ke pekerjaan yang mahukan kelulusan diploma sains komputer??
mungkin ada tapi terlalu terhad...
dan mahukan cgpa yang 3.0 keatas 
dan mungkin mahukan pengalaman yang lebih dari 2 tahun...
tak hairan la ramai graduan menganggur
aku hanya mampu tersenyum
senyum untuk mengubati kekecewaan dihati...


Tahun baru ini juga...
1 Januari 2011...tarikh yang sangat cantik kan?
dan pada tarikh itu juga aku telah mendapat status baru...
sebagai tunangan orang..
cincin belah rotan telah disarungkan dijariku 
sebagai tanda aku adalah tunangan orang yang sah...
majlis yang sederhana namun terlalu bermakna buat diriku...
berlinang airmata ku 
melihat tunangku bersungguh-sungguh berusaha untuk memiliki aku
dan melihat kerjasama family ku untuk majlis pertunanganku..

Biarlah apa orang nak cakap..
biarlah apa orang nak komen...
negatif or positif...
aku tahu apa yang aku buat...
dan aku kenal hati budi tunang aku...
aku hanya berdoa untuk kebahgiaan kami...
permudahkan segala urusan dan niat baik kami...

Benar...
terlalu awal untukku berumah tangga...
mungkin ada yang tak berpuas hati kerana aku tak sambung belajar...
mungkin ada yang mengatakan yang aku gatal sangat nak kahwin...
tapi bagiku...
aku tak kisah....
aku dah tahu 
masa aku susah nanti takkan ada sesiapa yang bersuara untuk membantu
malah ada yang bersuara untuk maki dan hina aku
tak mengapa....
lumrah bagi manusia...
aku terima seadanya...

Aku hanya fikirkan kehidupanku...
masa depan aku bersama bakal suamiku
dan juga bakal keluarga kecilku....
Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati Allah....

cantik tak aku??
kena mekap kaw2 dengan besfren aku...
apa pun memang terbaik la...huhu

ini pulak sebahagian daripada hantaran...
sampai bergaduh tau...
akhirnya selamat jugak majlis bertunang tu.hehe





0 comments: