Friday, October 29, 2010

I'm sorry abg bear.... :(

Aku telah lukakan hati abg bear aku lagi...maaf.... :(
Aku tak berniat pun nak lukakan hatinya lagi...
Berdosanya aku layan orang yang ikhlas menyayangi aku camtu...
Dulu sebelum dia luahkan perasaannya kat aku, aku dah tau yang dia sukakan aku
Tapi aku uji dia...dalam tak sedar aku dah lukakan dia...
Dan baru sebentar tadi pulak aku lukakan dia lagi...
sebab aku teringat kisah silam aku yang buat aku betul-betul serik untuk bercinta

Tadi dalam jam 4.30 petang...waktu dia balik dari kerja
aku dah buat dia sedih..maafkan aku sayang...
Kenapa dengan aku? Kenapa aku buat dia camtu?
sedangkan aku sayang sangat kat dia...
sedangkan aku sudah percayakan cinta dia..

Ya Allah..aku sangat sayangkan dia...aku tak dapat terima jika aku kehilangan dia...
aku tau hatinya merajuk...aku tau hatinya terguris...semuanya kerana aku
Maafkan aku...maafkan aku...aku yang tidak pandai menjaga hati orang sebaik dia...
Aku akui aku belum matang untuk menilai yang baik dan buruk
apatah lagi untuk buat sesuatu keputusan...
Walau apa pun aku tetap sayang abg bear aku....



Love him so much!!!
my ABG BEAR
 
 

Thursday, October 28, 2010

Aku dah kahwin skarang....

Tengah bosan-bosan melayan fesbuk...aku ternampak sesuatu...
herm note someone...daripada kawan kepada kawan aku la...
tajuk dia cam tengah bahagia je...
Kisah dia dan isteri dia sebelum dan selepas kahwin...
page down and page down tiba-tiba airmata aku mengalir...
Sedihnya...
Kat bawah ni aku share cerita dia...
Harap lepas ni aku dapat baca lagi dan baca lagi dan jadikan iktibar untuk aku lebih menghargai seseorang...
__________________________________________________

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

Wednesday, October 27, 2010

Jodoh ditangan ALLAH

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita
jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada
sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas
jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak
akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple
mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita
berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah
tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang
kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan
dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya
kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi
hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi
hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya
hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang
bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai
antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi
apabila kita mencintai saudara perempuan, kita
bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita
ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu
diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat
itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki
dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita
mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna
agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula
dengan yang lain..
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan
dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha
Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama
bekerjasama untuk mencari redha Allah..
Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan
untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang
awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar
biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya
persoalan hati ini.
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh
cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun
bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada
lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang
curang, suami yang curang.

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang
penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita
supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta
itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang
kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si
dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,
segala perkara yang kita cintai dan sayangi
termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,
beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita
benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.
."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita
sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu
untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh
memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri
dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-
kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam
hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa
tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa
sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta
dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza
dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah
pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,
sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta
dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang
pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan
untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak
mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau
yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau
dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang
ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap
insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing
-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat
mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna
dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil
kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si
lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."
Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

p/s: Akan aku ambil pengajaran daripada cerita ini. Alhamdulillah sedikit sebanyak persoalan yang bermain di fikiranku telah terjawab..

Birthday dan warna...

Birthday - Colour Nature

December 23rd - January 1st Red
January 2nd - January 11th Orange
January 12th - January 24th Yellow
January 25th - February 3 Pink
February 4th - February 8th Blue
February 9th - February 18th Green
February 19th - February 28th Brown
March1st - Match 10th Aqua
March 11 - March 20th Lime
March 21 satu Black
March 22 nd - March 31st Purple
April 1st - April 10th Navy
April 11th - April 20th Silver
April 21st - April 30th White
May 2nd - May 14th Blue
May 15th - May 24th Gold
May 25th - June 3rd Cream
June 4th - June13th Gray
June 14 - June 23rd Maroon
June 24th Gray
June 25 - July 4th Red
July 5th - July 14th Orange
July 15th - July 25 tahu Yellow
July 26th - August 4 tahu Pink
August 5th - August 13th Blue
August 14th - August 23rd Green
August 24 - September 2nd Brown
September 3rd - September12th Aqua
September 13th - September 22nd Lime
September 23rd Olive
September 24th - October 3rd Purple
October 4th - October 13th Nave
October 14th - October 23rd Silver
October 24 - November 11th White
November 12th - November 21st Gold
November 22nd - December1st Cream
December 2nd - December11th Gray
December 12th - December 21st Maroon
December 22nd Teal



RED
Cute and lovable type, you are picky but always in love ... and liked to be loved. Fresh and cheerful, but can be "moody" at times. Capable with people,
nice, soft, and that can love you for the way you are. Likes people that are easy to talk to, and can make you feel comfortable.

CREAM
Competitive and sportive. Don't like losing and always cheerful! You are trustworthy, and very out-going. You choose love carefully, and don't fall in love easily. But once you find the right one, you don't let go for a long long time.

TEAL
You are mostly interested in your looks. And have high standards in picking love. You think and make a solution precisely, and hardly make stupid mistakes. You like to lead, and is easy for you to make new friends.

GREY
You are attractive, and active. You never hide your feelings, and
express everything that's inside. But can be selfish at times. You want to be noticed, and don't like to be treated unequally. You can brighten up people's day. You know what to say at the right time, and you have a good sense of humor.

GREEN
You get along well with new people. You are not really a shy person, but sometimes you can hurt people's feelings by your words... You like to be loved and noticed by your lover, but mostly you are single, waiting for the right person.

GOLD
You know what's right and what's wrong. You are cheerful and out going. It's hard for you to find the one you want, but once you find the right person, you won't be able to fall in love again for a long time.

PINK
You are always trying your best in everything, and like to help and care for other people. But you are not easily satisfied. You have negative thoughts, and you look for romantic love like in a fairytale.

YELLOW
You are sweet and innocent. Trusted by many people, and have a strong leadership towards relationships. You make good decision and make the right choice at the right time. And always dreaming of romantic relationship.

MAROON
You are intelligent, and know what's right. You like to take things go your way, which can sometimes cause trouble or not thinking about other people's feelings. But you are patient when it comes to love... Once you get a hold of the right person, it's hard for you to find a better love.

ORANGE
You are responsible for your own actions, and you know how to treat people. You always have goals to reach, and are competitive. When it comes to friendship, you find it hard to trust someone, but once you find the right friend, you trust them for ever.

PURPLE
You are mysterious, never selfish and get interested in things easily. Your day can be sad or happy depending on your mood. You are popular between friends but you can act stupid at times, and forget things easily. You go for person that's trustworthy.

LIME
You are calm, but easily stressed out. You get jealous easily, and
complain over little things. You can't get stuck into one thing, but you have a capable personality for everyone to trust you and like you.

SILVER
You are imaginative and shy, but you like trying new things. You like to challenge yourself. You learn things easily, and like "Hard to get". Your love life is normally hard and confusing.

WHITE
You dream and have goals in your life. You get jealous easily and you don't react to things easily. You are different and sometimes thought highly by others.

OLIVE
You are warm and light hearted. You seem to flow well with friends and family. You don't like violence and know what's right. You are kind and cheerful, but don't envy other people easily.

BROWN
You are active and sportive. It's hard for other people to become close with you, but you fall in love easily. But once you find out you can't get something, you give up and let go easily as well.

BLUE
You have low self-esteem, and very picky. You are artistic and like to fall in love, but you let your love pass by, by loving with your mind, not your heart.

NAVY
You are attractive, and love your life. You have a strong feeling
towards everything. And very easily distracted. Once you get angry at someone, it's hard for you to forgive them.

AQUA
Your feelings change suddenly and easily. You are always lonely, and like travelling. You are truthful, but listen and believe other people too easily. It's hard to find love for you, and you get lost in love easily. Sometimes you get hurt by love.

BLACK
You are challenging, and have the "guts". But you don't like changes in your life. And once you make a decision, you keep it that way for a long time.
Your love life is also challenging, and different.

ORANGE
You are responsible for your own actions, and you know how to treat people. You always have goals to reach, and are competitive. When it comes to friendship, you find it hard to trust someone, but once you find the right friend, you trust them for ever.

Buat aku termenung seketika....

"JODOH" Renungkanlah sedalam-dalamnya

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Pantun lawak gila gaban

Panas hati aku tengok sistem aku. So sebagai alternatif yang terbaik aku pun mengular la dalam tenet. Wah! ayat baru ke?haha
Klik punye klik aku jumpa pantun ni. Memang takleh blah la...gelak dah aku sorang-sorang depan laptop.hahaha selamat menghayati....

PANTUN- Marriage Life Before and After !!

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere, better u got lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves.

Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak

p/s: from http://1001rahsiadiri.blogspot.com

Tuesday, October 26, 2010

Jawab jangan tak jawab.hehe

Jenis-Jenis Girl...

TYPE OF GIRLS…ZAMAN KINI.. dan nama-namanya sempena istilah-istilah di zaman komputer dan internet:

HARD DISK GIRLS:
she remembers everything, FOREVER
(dia ingat semua perkara selama-lamanya - kalau tak rosak la)

RAM GIRLS:
she forget about you, the moment you turn her off
(dia akan lupakan anda, bila anda menolaknya)

WINDOW GIRLS:
everyone know that she can’t do a thing right, but no one can live without her.
(semua orang tahu bahawa dia tidak mampu buat apa pun dengan betul, tapi tidak ada seorang pun yang boleh hidup tanpanya)

SCREENSAVER GIRLS:
she is good for nothing but at least she is fun
(dia tidak berguna pun tapi menyeronokkan)

INTERNET GIRLS:
Difficult to access
(susah untuk diakses)

SERVER GIRLS:
Always busy when you need her
(sentiasa sibuk bila anda perlukannya)

MULTIMEDIA GIRLS:
She make horrible thing look beautiful
(benda yang hodoh dia boleh tukarkan jadi cantik)

CD-ROM GIRLS:
She is always faster and faster.
(dia semakin laju dan laju)

EMAIL GIRLS:
Every ten things she says, eight are nonsense
(setiap sepuluh perkara yang dia cakap, lapan adalah mengarut)

VIRUS GIRLS:
Also
known as “wife” when you are not expecting her, she comes, install
herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you
will lose something, if you don’t try uninstall her you will lose
everything…
(juga dikenali sebagai “isteri” bila anda tidak menjangka, dia datang,
melekat dan gunakan semua sumber anda. Jika anda mahu buang dia maka
anda akan kehilangan sesuatu, jika anda tidak buang dia maka anda akan
kehilangan kesemuanya….)

Anda gadis yang mana satu?

p/s: from http://1001rahsiadiri.blogspot.com

Kusut...

Sakit otak dah aku fikir. Last aku decide...aku nak kawin.please...
Bukan aku gatal sangat pun nak kawin...
Kalau ikutkan umur, awal sangat la nak kawin...
Tapi at least aku terlepas daripada macam-macam masalah..
Someone dah hadir dalam hidupku...
apa yang ada pada dia betul-betul apa yang kedua orang tuaku nak..
dan aku tak kesah sangat...
If betul dia sayang aku...ikhlas dan jujur terhadap aku...
aku tak ragu-ragu dah nak terima dia...
Aku tak jiwang okeh...dan aku tak merayu cinta orang...
tapi apa yang aku fikir tentang hidupku sendiri...
Siapa yang kesah actually???

Jumpa dia..kenal diri dia..tahu perangai dan sikap dia...
So next, solat istikarah..aku akan buat...
Sebab aku dah betul-betul serius fikir tentang hidup aku...
serius aku dah rasa nak bunuh diri dengan masalah orang...
yang belum tentu akan ikhlas bantu aku bila aku susah nanti..
So apa salahnya aku bahagiakan orang yang ikhlas sayangkan aku??
Pasni aku hanya fikir orang yang sayangkan aku..
Tak perlu serabut, tak perlu sakit hati, tak perlu tension...

Janji yang terakhir aku untuk family adalah cari kerja...
bila dah dapat kerja, aku akan dilepaskan...
Aku akan jadi milik orang...
Pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri then seorang ibu...
Aku tahu aku perlu pantas bersedia dengan tanggungjawab itu...
Bukan aku terburu-buru tapi aku taknak kecewakan orang...
taknak hati aku terluka lagi...
Sebelum ada orang yang mengganggu, aku akan usaha segigih yang mungkin untuk perkahwinan aku...
aku takkan biarkan dia menunggu aku...
Dari dulu lagi memang aku tak suka tunggu orang dan biarkan orang tunggu aku...
Istilah tunggu itu cuma penyeksaaan...

Aku ingin mengakhiri segala kekusutan...
Biarlah apa orang nak kata...
Pedulikan...
Hak mereka yang memiliki mulut...
biarkan mereka puas berkata-kata...
Susah senang hidup aku sape yang kesah??

For my love, abg bear...i betul-betul dah ready untuk menjadi milik u..
i betul-betul dah ready untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak u...

Sebagai renungan bagi seorang wanita

15 CIRI WANITA SYURGA
1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

*Sumber Artikel : majalah.iluvislam.com

*Sumber Grafik : Bawandinesh

Saturday, October 23, 2010

Oh perasaan lagi...

Bertambah-tambah tanda soal dalam kepala aku ni. Dia datang meluahkan isi hatinya kepada aku dalam keadaan aku masih dihantui penangan lelaki-lelaki yang tak reti hargai aku. aku cuba ambil masa memikirkan dan bertanya kembali kepada hatiku. Syukur aku masih belum berhati kering. 
walau apa pun aku perlukan banyak masa...Aku harap dia faham.
aku mintak untuk berkawan dulu. Aku risau kalau terus kapel pasti akan jadi sesuatu yang tak sepatutnya terjadi.serius hatiku sebenarnya dah bertaut kepadanya. dan sebab itu juga aku risau hubungan aku dan dia menjadi keruh kerana istilah kapel. Cam yang telah terjadi di masa silam ku. So, pendekatan yang sangat sesuai...istilah berkawan dan bukan kapel. Sampai masa dan kalau ada jodoh terus kahwin. Serik dengan hal-hal camni buat aku rasa kahwin terus adalah cara yang terbaek. Dah tak perlu kapel...maybe!Yang penting kedua-dua belah pihak bersedia okeh!.Be strong eicha....

Hari terakhir

Tarikh 22 oktober, tarikh yang paling sedih buat aku. My last day kat jtk kuantan....wa...sedihnya.
Tak sangka awal-awal dulu berdebar sangat untuk timba pengalaman pertama di alam pekerjaan...
serius pengalaman pertama aku.hahahaha
Sampai seawal 7 pagi..lepak kat kerusi kat depan pintu wisma kuantan.
Tepat jam 8.15 pagi aku naik tingkat 2. Takde orang lagi. cuma ada dua orang perempuan dan seorang lelaki di kaunter pertanyaan. Aku diberi kad untuk punch setiap hari. Masa tu bos ada kursus. herm...tak dapat lagi la aku jumpa bos. xpe..sabar ye ecah...
Cc datang...perkenalkan aku kat semua warga jtk kuantan..Malangnya aku tak dapat ingat semua nama mereka lagi. Almaklum la baru lagi... Take your time ecah.... Bila bos datang bermula la kerja aku di tempat yang sangat-sangat berbeza la dengan course aku. Takpe...pengalaman...hehehe
Permulaan kerja pejabat...amek kau kena jaga kaunter. Aku tak reti la pengurusan kat kaunter tu. then aku belajar. Aku tanya je ikut suka aku...nama pun belajar kan..hahahaha lawak jugak aku rasa masa tu...
Bila dah 4 bulan aku kat pejabat tu..aku rasa seronok. Kerja kat kaunter...kacang je sebenarnya. Kena banyak sabar dengan macam-macam kerenah orang yang datang. Mencabar dowh...huhuhu
Time keje luar...aku senyum je. Yes..leh pergi jalan-jalan. pastu untung-untung boleh balik awal. Seronoknya.hehe Tapi kes seronok balik awal tu sekejap je. Bila masuk bulan kedua aku lebih suka stay kat ofis berbanding kat umah. Soal kenapa tu biarlah dirahsiakan. Sory...hehe
Dan hari ni adalah hari terakhir aku. akhirnya sampai jugak hari terakhir aku di tempat yang sangat tenang buatku....melihat telatah akak-akak dan abang-abang kat jtk ni termasuk jugak bos yang suka buat lawak. Kadang-kadang aku tersenyum sorang-sorang. Hilang segala masalah aku.. mungkin betul orang kata sesuatu yang betul-betul kita suka tak semestinya akan jadi hak milik kekal kita. Sebab tu la ada lagu bertemu dan berpisahan la..doa perpisahan la...tanak la nyanyi lagu-lagu tu..sedih wo....huhuhu



Thanks semua. Sayang kat semua warga jtk kuantan. Seronok sangat bersama dorang ni. Hepi je. hehe
Terima kasih jugak sebab buat majlis perpisahan dan hadiah-hadiah yang banyak sangat.
Nak senaraikan nama semua orang kat opis leh tak? start dengan en nik, pn rina, pn nana, en alias, en din, kak ezah, kak ana, kak sita, kak jah, kak umi, kak yati, en joe, kak salmi, en yus, en zainal, cik fiza, pn jun, cik im, kak madz, kak yan, en ahmad, en azman dan cik dayah....erm ada tertinggal tak?
kat bawah ni pulak gambar kenangan bersama dorang. cam ada yang takde je ni.hurm...




lagi...dan lagi..




with my bos...En Nik Mustapa


p/s : praktikal saya comfirm lulus ye bos... terima kasih.hehe

Tuesday, October 19, 2010

What's on your mind?

Serabut dan sakit hati....dah sampai opis tapi macam-macam la aku tertinggal kat rumah. Serba tak kena je hari ni. Weh!!! Nape aku jadi camni ha??? Adei... sabar ecah. Tapi takleh la..mula la aku rasa nak nangis je. Please..need someone now..

Malam tadi aku rasa geram sangat kat dia. Seronoknya dia layan aku macam aku ni takde perasaan. Banyak cantik....kawan-kawan aku yang lain pun tak layan aku sekejam tu. Gurau- gurau biasa boleh diterima. Serius boleh diterima tapi kalau nak gurau kasar cam gula kasar, sory lebih baek aku angkat kaki then blah. 
Aku tahu dia ada orang yang sedang menunggu. Ada aku kesah? Dia sakitkan hati aku dengan cerita kebahgiaan dia. Ada aku kesah? Sebab tak nak aku kena darah tinggi aku pujuk la hati aku. Maybe dia belum matang lagi...belum nampak hakikat kehidupan. Mulianya aku sampai fikir camtu kat dia. Pijak semut memang comfirm semut mati.sebab aku berat dan anti dengan semut. Sakit wooo kena gigit semut.hahahaha

p/s: Jangan nak tunjuk lagak ok. Kita manusia biasa..sama je. Apa yang kita buat kat orang lain lambat laun terpalit semula kat diri sendiri. So, fikir la sendiri...masing-masing Allah kurniakan akal.

Monday, October 18, 2010

praktikal aku cuma goyang kaki ke?

Hari-hari aku pergi opis. Aku tahu aku bawak nama uitm. Sebab tu aku banyak menyepi. Terlalu ramah dan banyak cakap masa praktikal boleh mengundang macam-macam masalah. Aku bukan tak mesra okeh cuma cari masa yang sesuai untuk bercakap dan berborak. Untuk fakulti aku perlu jaga nama ramai orang..dah semestinya termasuk juga lecturer ku yang banyak mencurahkan ilmu kat aku.
Then dah dekat nak cukup 4 bulan aku kat opis ada la suara-suara yang bertanya apa aku buat kat opis menghadap komputer je. Dari persoalan tu aku dapat tau yang selama ni mereka-mereka tak tahu apa tugas aku sebagai student praktikal sains komputer. Walaupun geram tapi aku buat cool je...kalau orang tak tahu lebih baek kite terangkan..jelaskan. Terima yang sebenarnya aku tersilap apply tempat praktikal sebab kat sini cuma pasal undang-undang buruh dan pentadbiran. Be profesional okeh...good girl ecah...hehe
Pejam celik tinggal seminggu je lagi aku kat sini. Banyak sangat pengalaman yang aku dapat dan banyak sangat kenangan kat sini. Seronok bersama kakak-kakak kat sini. Happening je. Riuh tatkala mama cc ada. Bak kata bos...semua orang nak bercakap dalam satu masa. Bos pandai buat lawak. hehe Hari last nanti aku terpaksa la tahan airmata.
Pasni dah payah la nak join kecoh-kecoh kat opis...dengar lawak bos, cerita mama cc, kakak-kakak yang gila karok dan tarian ponco-ponco. Kakak-kakak yang suka buat lawak. Tak kering gusi duk gelak. Abang-abang jtk yang mengancam.aw...hehe Dan tak lupa jugak papa alice yang terasa sunyi bila dia tak datang keje.huhu
Nanti hari last aku upload gambar mereka kat my blog. Sedihnya nak tinggalkan jtk kuantan...sob..sob..

skodeng time

Amboi suka eh bila sebut pasal skodeng ek.. Ni bukan pasal 18sx dan bukan jugak pasal 18sg atau apa-apa yang bersaudara dengannya. Sakitnya hati aku!!! Eh ecah awal-awal pagi lagi dah sakit hati? Kenapa mek? Mimpi ngeri ke malam tadi?

Banyak la kau punya pertanyaan. Tapi memang aku mimpi ngeri pun. Dah 2 malam aku dengar kilat, petir, guruh dengan hujan yang tersangatlah lebat...wah kecut perut aku. Mak.....sy takleh tido...(buat muka sedih.konon-konon manja la.harap  mak dapat teman tido next malam.huhu jangan harap la)

Ok berbalik kepada cerita skodeng. herm dengan perasaan yang macam orang gila dah kot...rasa nak marah-marah je aku pun terasa la penyakit gatal tangan. Search punya search dalam fesbuk akhirnya aku singgah kat blog kawan abangku... Seronoknya baca....hepi betul kakak ni. Semua yang dia ceritakan dalam blog dia banyak pasal life dia. hehe sory kak saya baca diari akak tu tanpa kebenaran akak...apa pun blog akak memang best.hehe

Monday, October 11, 2010

Ada aku kisah???

Bila aku cakap...semuanya dah berakhir..takde jodoh...
ada yang cuba pujuk aku...
"Takpe muda lagi..banyak lagi masa. Nanti ada jodoh yang betul-betul baik..."
Ada aku kisah? Haha
Hati aku dah sakit sangat. Dah takde peluang dah aku nak bagi kat mana-mana lelaki
Tolonglah wahai lelaki jangan ganggu aku lagi
Apa-apa pun Terima kasih la kat sape-sape yang bagi semangat kat aku
bagi nasihat yang sedikit pun tak terlekat kat jiwa aku.Huhu
Mungkin apa yang berlaku ni menyedarkan aku
yang aku dah lupakan sesuatu yang lebih penting dari perasaan
Mungkin juga aku lupa yang aku ada cita-cita
impian aku yang sudah sekian lama tergendala kerana kehadiran lelaki
Sudah! Sudah! Everything is over! Game over! haha

Saturday, October 9, 2010

Kereta impian

Ramai yang tanya aku...
Apa kereta impian ko? Mula-mula aku tak terfikir pun...
tapi satu hari tu. Masa aku tengok gambar model-model kereta dengan anak saudara aku...
Hati aku terpikat kat kereta jenis Honda...
perh!!! Aku dah jatuh cinta dowh...Honda Civic Type R...2.0 i-VTEC
Harga dalam RM199,000.00....hehehehe
Target je dulu...dapat ke tak dapat tengok pada pendapatan aku nanti.
Ape pun Insyallah aku akan dapatkan buah hati aku tu nanti...

Jaga la kau....nak jugak kau jadik pakwe aku wahai abang Honda.hehe

Programmer


Masih belum terlambat lagi kan untuk aku menjadi seorang programmer wanita?
Apa tu programmer??? ha...kalau nak tau programmer ni cam doktor pakar la...tapi dalam bidang pengaturcaraan. Programmer tulis, test, debug, dan maintain computer program pastu komputer tu mesti berfungsi mengikut arahan yang telah ditetapkan.
Betul ke apa yang aku terang ni? haha rujuk balik kat Mr. Google okeh...
Apa pun itu lah impian aku lepas aku pergi menangis kat HEA dengan niat nak berhenti belajar
tapi akhirnya aku dapat ilham untuk teruskan pengajian aku.
Dan kalau boleh aku nak pergi lebih jauh. Degree, master, Phd....wah..jauh lagi perjalananku...
Takpe...yang penting aku sabar dan terus berusaha. Insyaallah sume tu akan jadi milikku..
Jangan dikenang lagi zaman kejatuhan ketika aku diploma. Jadikanlah sebagai pengajaran untuk aku berjaya dalam hidup. Akan ku perbaiki kelemahanku ketika degree nanti..Insyaallah...

Friday, October 8, 2010

Life must go on...

Ok eicha....lupakan semua yang telah berlaku. Anggap semua yang dah terjadi itu adalah dugaan..tanda Allah sayangkan kita. Kesakitan, kesedihan, keperitan hanyalah sementara dan apa yang penting kini adalah masa depan. Bangun Eicha....kuatkan semangat kamu. Kembalilah menjadi dirimu yang dulu....yang tidak pernah berpaling ke belakang lagi setelah semuanya terjadi. Selama ini kamu telah lemah...terlalu mengikut perasaan remaja mu. Semua itu adalah kesilapan besar yang pernah kau lakukan. Buka buku baru...tutup buku lama..yang baek jadikan contoh, yang tak elok dan tak baek jadikan teladan dan pengajaran untuk menjadi lebih matang. Itulah pengalaman dalam hidup mu, jangan pernah mengalah, jangan pernah berputus asa, jangan kalah dengan permainan dunia.
Ucaplah syukur kerana Allah tak pernah tinggalkan kita sendirian...sesungguhnya Dia sentiasa ada disisi kita melihat apa yang terjadi kepada diri kita. Kamu masih ada mak dan abah yang penuh mengharap kamu menjadi anak yang solehah. Mengharap kamu memberikan kejayaan kamu kepada mereka.
Jadi, utamakanlah masa depanmu...impianmu...berikan ketaatanmu kepada Allah. Berikan kasih sayang kamu kepada mak dan abah. Segalanya akan kembali seperti sediakala.. Senyumlah Eicha...mulakan hidup barumu...