Saturday, October 23, 2010

Hari terakhir

Tarikh 22 oktober, tarikh yang paling sedih buat aku. My last day kat jtk kuantan....wa...sedihnya.
Tak sangka awal-awal dulu berdebar sangat untuk timba pengalaman pertama di alam pekerjaan...
serius pengalaman pertama aku.hahahaha
Sampai seawal 7 pagi..lepak kat kerusi kat depan pintu wisma kuantan.
Tepat jam 8.15 pagi aku naik tingkat 2. Takde orang lagi. cuma ada dua orang perempuan dan seorang lelaki di kaunter pertanyaan. Aku diberi kad untuk punch setiap hari. Masa tu bos ada kursus. herm...tak dapat lagi la aku jumpa bos. xpe..sabar ye ecah...
Cc datang...perkenalkan aku kat semua warga jtk kuantan..Malangnya aku tak dapat ingat semua nama mereka lagi. Almaklum la baru lagi... Take your time ecah.... Bila bos datang bermula la kerja aku di tempat yang sangat-sangat berbeza la dengan course aku. Takpe...pengalaman...hehehe
Permulaan kerja pejabat...amek kau kena jaga kaunter. Aku tak reti la pengurusan kat kaunter tu. then aku belajar. Aku tanya je ikut suka aku...nama pun belajar kan..hahahaha lawak jugak aku rasa masa tu...
Bila dah 4 bulan aku kat pejabat tu..aku rasa seronok. Kerja kat kaunter...kacang je sebenarnya. Kena banyak sabar dengan macam-macam kerenah orang yang datang. Mencabar dowh...huhuhu
Time keje luar...aku senyum je. Yes..leh pergi jalan-jalan. pastu untung-untung boleh balik awal. Seronoknya.hehe Tapi kes seronok balik awal tu sekejap je. Bila masuk bulan kedua aku lebih suka stay kat ofis berbanding kat umah. Soal kenapa tu biarlah dirahsiakan. Sory...hehe
Dan hari ni adalah hari terakhir aku. akhirnya sampai jugak hari terakhir aku di tempat yang sangat tenang buatku....melihat telatah akak-akak dan abang-abang kat jtk ni termasuk jugak bos yang suka buat lawak. Kadang-kadang aku tersenyum sorang-sorang. Hilang segala masalah aku.. mungkin betul orang kata sesuatu yang betul-betul kita suka tak semestinya akan jadi hak milik kekal kita. Sebab tu la ada lagu bertemu dan berpisahan la..doa perpisahan la...tanak la nyanyi lagu-lagu tu..sedih wo....huhuhu



Thanks semua. Sayang kat semua warga jtk kuantan. Seronok sangat bersama dorang ni. Hepi je. hehe
Terima kasih jugak sebab buat majlis perpisahan dan hadiah-hadiah yang banyak sangat.
Nak senaraikan nama semua orang kat opis leh tak? start dengan en nik, pn rina, pn nana, en alias, en din, kak ezah, kak ana, kak sita, kak jah, kak umi, kak yati, en joe, kak salmi, en yus, en zainal, cik fiza, pn jun, cik im, kak madz, kak yan, en ahmad, en azman dan cik dayah....erm ada tertinggal tak?
kat bawah ni pulak gambar kenangan bersama dorang. cam ada yang takde je ni.hurm...




lagi...dan lagi..




with my bos...En Nik Mustapa


p/s : praktikal saya comfirm lulus ye bos... terima kasih.hehe

0 comments: